Tuesday, 3 July 2012

Puas hati kau

Jangan pernah kau selesa dengan apa yang kau ada sekarang. Fitrahnya manusia, tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Jika kau tekad yang kau sudah puas. Kau mungkin terjelupuk. Terkedu dengan kemungkinan yang tiba. Kemungkinan yang kau tak pernah sedia. Yang kau tak pernah terfikir pun. Kubu kau separa kebal. Mudah sahaja celaka menerjah. Kau harus selami semula erti sebuah kehidupan. Baru kau tahu. Hidup ini bukan untuk berpuas-puas. Tetapi mengejar. Mengejar kemenangan hakiki. Sehingga kau mampu berdiri mendabik dada. Kau puas?

No comments:

Post a Comment