Monday, 26 March 2012

Hidup ini penuh dengan pretending

Tak pernah berhenti. 
Setiap hati perlu dijaga. 
Senyum perlu dikerah. 
Belaian jadi hipokrit. 
Alasan setinggi gunung. 
Sayang hanya tipuan mulut. 
Kau hanya lalat. 
Berambus. 


Tuesday, 20 March 2012

Esok

Langkah kanan atau kiri? 
Yang pasti.
Aku mahu esok cepat habis ! 

Sesuatu tentang kau

Menghancurkan hati. 
Mendetakkan jantung.
Menghentikan nafas.
Mematikan akal.
Mengelukan kata. 
Mengukirkan senyum pahit. 
Mengalirkan air mata.

Aku terlalu rindu. 
Tapi kau angin. 
Tak mungkin aku genggam. 


Ubat patah hati

Tidur. 
Sampai lebam. 
:) 


Membuang masa malam

Bila aku terus begini. 
Mengenang nasib kabur.
Menjadikan hati lebih kabut. 
Malam terlalu sepi. 
Hati aku terganggu. 
Dengan kemungkinan. 
Lalu aku alihkan tujuan. 
Lebih kepada membuang masa malam. 
Gundah tetap ada. 
Serabut mati dek lapar yang membuak.
Namun aku tegar membuang masa malam. 
Mata ini dibiarkan celik. 
Masa aku biarkan berlari. 
Malam temani aku. 
Hati aku terganggu. 



Friday, 16 March 2012

Pemanishati

Get well soon *kiss* 




Penari Boneka

Ke kiri aku ke kiri.
Ke kanan aku ke kanan. 
Menari aku menari. 
Mati aku mati. 
Hati aku benang.
Mengikat setiap anggota. 
Penari alunan karut. 
Rasa aku beku. 
Niat aku sampah.
Rentak paling carut. 
Akan aku persembahkan. 
Penonton palsu. 
Kau benar-benar wujud? 
Atau aku boneka kepada aku? 





Wednesday, 14 March 2012

Young marriage

For all my friends yang already married.
*Tabik hormat*



Dimensi asing

Aku mencipta ruang baru. 
Yang terlalu asing bagi penunggu di sekeliling.
Menyoal dan mematikan setiap percubaan. 
Cerca dan hina itu lumrah. 
Hanya waktu yang mungkin melembutkan tiap rasa. 
Tiap hati. 
Dimensi asing ini terlalu aneh. 
Tak mampu di hadam dek akal. 
Keraguan tebal menyelimuti. 
Aku mungkin terjelupuk. 
Lemas. 
Mati. 

Itu semua kemungkinan hitam. 
Dimensi asing ini milik aku. 
Bukan si penunggu. 
Berambus. 


Sunday, 11 March 2012

Pagi yang sesat

Malam yang indah mencabuli waktu lena ku. 
Membiarkan aku terleka memuja malam. 
Malam membisikkan aku seribu janji ketenangan.
Persembahkan aku sejuta kebebasan. 
Aku yang lemah ini diulit ketaksuban. 
Mengizinkan setiap anggota terjaga. 
Menghargai malam yang ibarat emas. 
Emas yang digenggam hingga mimpi meragut aku. 
begitu lama sehingga tidak ku sedar. 
Mata ini bila di celik hanya bisa menyaksikan. 
Pagi yang merajuk. 
Meninggalkan aku yang taksub. 


Maafkan aku. 



Tong sampah cinta palsu

Feel free to use it. 



Recent toughts


Everbody was like.."ble lah ko nk kje?"
n i was like.."chill lah, ak xready lg nk commit suicide"

If u really do know what i mean. bravo.

When i get a job. i ll let u all know. currently im happy playing with the babies, toddlers, n little school age monsters at the nursery.

Dorg x sejahanam dunia luar yg terlebih realiti.
Imaginasi dorg lebih senang utk aku hadam.
Hey, everybody deserve to be happy kan? i am now.
But still..i know, it wont be long.

*sigh*

Gonna be socialize with the materialist freak someday somehow.

Can't wait *tgn di dada*