Sunday, 22 July 2012

Apesal nak kena 'fancy' pulak?

Fancy = Mewah (as translated by Google Translate)

Apesal tah, bila masuk bulan Ramadhan je semua nak kena fancy. Bermacam2 juadah kita boleh lihat atas meja. Telebih2 pulak tu. Tak ada orang nak makan pun. Last2 buang dalam tong sampah. Tak ke membazir namanya tu? Kononnya nak nampak fancy. Rasa seronok bila ada macam2 makanan atas meja. Banyak pilihan katanya. Jiran2 pun nampak gayanya beli macam2 juga untuk bebuka. tak kan lah nak kalah pulak kan? Makanya, kita pun beli la juga pelbagai. Yang itu, yang ini. Sampai tak cukup pinggan lah nak hidang. Janji puas. Puas melihat makanan2 di atas meja. Ini baru pesta. Penat lelah aku berpuasa lebih berbaloi begini. Cara hidang pun bukan main lagi fancy-nya. Pinggan, mangkuk dan cawan mahal ! Padahal sebelum ni pinggan plastik pun boleh. Janji perut kenyang. Dah tu, apasal nak kena fancy pulak time2 ramadhan ni? Serious, aku tak faham. 

Bersederhana kan lebih bagus. 
Kekalkan originaliti. 
Tak dapat medal pun siapa lebih bagus. 

No comments:

Post a Comment