Saturday, 28 January 2012

Pelangi lihat aku

Aku mahu pegang pelangi. 
Seketika pelangi hadir. 
Aku akan rindu bila pelangi tiada. 
Pelangi lihat aku. 
Pelangi hadiahkan aku harapan. 
Kemudian pelangi pergi. 


Aku tau. 
Pelangi akan muncul. 
Hanya bila air mata menyeru. 


Kau yang sebelah

Membisik.
Menggoda.
Mendusta.
Membenci. 
Membunuh.
Aku.


Aku malas !

Terus terang aku jeritkan dalam hati. 
Aku malas ! 
Baringan ini terlalu empuk untuk aku tinggalkan. 
Terlalu nostalgik untuk aku biar. 
Di situlah angan. 
Sejuta mimpi. 
Mungkin kau hina.
Namun. 
Ketika itulah aku menyaksikan sesuatu. 
Bahkan lebih dari apa yang realiti campak kan. 
Aku lebih tenang. 
Aku lebih yakin. 
Heretlah aku jika kau mampu. 
Tetapi. 
Aku tetap malas. 
Kau fikir aku rajin melihat kau bermegah? 
Mendengar kau riak? 
Atau melambung kau ke langit? 
Aku lah manusia paling pekak bisu dan buta. 
Masih kekurangan itu jua yang akan mengheret aku ke api. 
Tiada kudrat aku memuja. 
Biarkan aku. 
Mimpi ini terlalu enak untuk aku gantikan. 
Dengan durjana dunia.


Friday, 20 January 2012

Langkah berehat

Hey, aku sudah pulang.
Bersama aku harapan, bebanan dan tanggungjawab. 
Mereka sentiasa denganku. 
Tak mungkin untuk aku lepaskan. 
Hey, aku akan pergi lagi. 
Kali ini dengan tujuan yang lebih besar. 
Mengejar cita-cita dan material. 
Juga keberkatan hakiki. 


Biar aku berehat sebentar sehingga nanti aku berehat selamanya.



Thursday, 19 January 2012

Garis penamat

Melepasi atau aku mengundur ?

Kau tau?

Yang aku mengeja namamu menggunakan hati?
Yang aku mempunyai nadi mengingatimu? 
Yang aku menangis menggunakan senyuman? 
Yang aku mati menunggu khabar? 
Yang aku berjalan mengira jarak kita terpisah? 
Yang aku bernafas tetapi lemas? 
Yang aku sengaja ketawa tetapi terluka? 
Yang aku mengekori waktu dulu? 
Yang aku lihatmu dekat tapi jauh?

Kau tau? 

Yang aku tau kau takkan pernah tau? 


Wednesday, 18 January 2012

Pit-stop

"Aku di landasan R, kini harus turun ke A balik. Harus belajar kenal kedudukan huruf semula. Kena masuk tadika balik. Ketawakan lah aku. Huraikan aku akibat dan perlekehkanlah segala susah dan getir yang bakal aku lalui." -Zulaikha