Tekad.
Naluri kuat membelah badai ombak deras.
Berdiri teguh.
Tidak mungkin rapuh.
Matanya tajam memanah musuh.
Hatinya pula keras dengan impian.
Langkah disitu namun harapan berzaman-zaman.
Kau boleh merasainya?
Pencipta sejarah yang kau anggap dongeng ini.
Merdeka umpama angan-angan belaka.
Kau sangkal kata-kata hikmahnya.
Sedangkan kau juga dambakan ingin yang sama.
Biarlah.
Teruskan menyalak.
Mungkin kau mahu menduga.
Tapi pencipta sejarah tetap gagah mara.
Sampai masa.
Kau kenang debu langkah yang kau hina.
No comments:
Post a Comment