Saturday, 9 June 2012

Kalau dah nama pun sampah

Bakpe kau nak simpan2 lagi kan? 
BUANG kan aje. Dari kau biar kan lama. BUSUK. 
Tak ada yang menarik dari sampah.
Durjana semata2. 
Item yang sangat hina. Malah dicerca. 
Kau nak tunggu sampai bila? 
Sampai berulat? 
Itu pun kau nak simpan lagi? 
Kasihannn. 

Ibarat nya kalau ada manusia hati hitam yang buat palat dengan kau. Terang lagi bersuluh dia hina. 
Hancurkan hati kau.
Bakpe nak kenang2 lagi. 
Campak je manusia hati hitam tu jauh2. 
Jangan biar manusia hati hitam cemarkan hati kau. 
Hati kau nanti larut. Lemas dalam kebencian. 
Kau layak untuk yang indah. 
Bungkus semua perasaan hitam itu dan BUANG. 
Percayalah.
Kau akan merasa nikmat tenang. Dan langkah kau akan lebih bermatlamat. 

Style dolu dolu

Pada suatu hari, sedang aku berbaring di atas tilam empuk ku ini. Tajam mata ku memandang ceiling bilik. Color putih. 


Kalau cat color kelabu agak2 style tak? Hesyhhh, jangan nak wat jahanam. Detik hatiku. 


Lalu jemariku mencapai telefon bimbit disebelahku. Kosong. Tiada pesanan mahupun panggilan. 


Dah berapa hari. Apsal kau tak contact2 aku? Detik hatiku lagi. 


Call ah.


Pantas aku mencari namamu di list phonebook. Butang call ku tekan. Menunggu deringan menerjah pendengaran ku ini. 


*toott toott* 


Shit ! lekas2 aku menekan butang cancel call. Sebab? Tiba2 aku merasa cemas. 


"Apasal aku bodoh sangat nak call dia??? Bodoh bodoh. Korang bukan ada pape pun ! " 


Selang beberapa saat, tanganku terasa geli2 dek vibrate telefon bimbit ku. 


Eh, message? *read*

Missed call? Miss me ke? I miss u too ;)

Arggggghhhhhh !! malunya !! Tak cool langsung. Klasik gila aku ni main missed call missed call pulak. Tapi...apahal aku tesengih pulak ni. hadoiii. 


Friday, 8 June 2012

Perspektif seorang gadis

Sila klik link di bawah.

Terfaktab: Lelaki Dan Sifat Mereka

Entry yang sangat emo. BUT, the truth is there. Sila judge. Bye.

Movie spoiler

Pernah tak, kau beli tiket wayang semate2 nak dengar orang sebelah kau cerita sal movie yang baru kau nak nengok tu. Dah ngk 18 kali la katekan. ANNOYING kann?? 


Rasa nak campak seat kat muka orang sebelah kau tu. 


Tak perlu tunggu orang sebelah kau. Kalau ada kenalan2 kau yg spesis excited nak cerita pasal movie yang baru kau nak nengok tu time lepak2 minum. From A to Z. Dah ngk 18 kali la katekan. ANNOYING kann?? 


Rasa nak tumbuk je muka membe kau tu. 


Nak jadi komentator movie pun biarlah cerdik sikit. Rasanya kau tak payah la nak explain the whole story if orang tanya "how was the movie?". Enough dengan general view. Best ke tak. Should watch or should not watch. Ni tak. Semua kau nak gebang. Unless la upon request. Membe kau memang malas atau takde fulus nak g ngk movie at mid valley ke, kat mane2lah. Kau cite la pastu sampai lebam. Sampai berbuih mulut pun takpe. Takde orang pun nak ANNOYING ngan kau. And be professional. Tak payah nak emo sangat kalau orang still nak nengok movie yang kau awal2 lagi dah rate taik. Siap kondem bagai. Gile ke pe. Minat setiap individu berbeza. Taik kau, bunga dia. Busuk kau, wangi dia. And kalau betul movie tu taik. Biar individu tu sendiri experience betapa taiknya movie tu. Then opinion kau takdelah syok sendiri semata2. Tak pun. Rupa2nya kau yang silap. Movie tu memang gempak. Kau je buta. Bebal. Tak reti nak judge movie tu bagus or hancus. Asal movie tu takde aktor/aktress hensem/cun, ko kondem tak best. Booooo !! Gi bunuh diri la.


Bye.

Thursday, 7 June 2012

Aku kau

Tak perlu aku terlalu taksub.
Aku dengan tidak keupayaan aku.
Kau dengan kesenangan kau.
Dunia kita dimensi nya kekok.
Kekok kau kekok aku.
Kekok aku kekok kau.
Tapi kesetian tak berprinsip.
Tak berbangsa.
Neutral.
Iman kesetian itu sahaja yang menjadi pengukur.
Hati putih atau hati hitam.
Kalau aku lemas.
Mampukah kesetiaan kau selamatkan aku.
Atau hati kau puas.
Melihat hati aku mati.
Tak berderia.
Kaku bak bangkai.
Aku ternanti-nanti kesudahan kita. 
Kau atau aku yang mati. 
Aku atau kau yang puas. 

Kadang2

Keadaan ini mungkin kadang2 berlaku. Kadang2 untuk orang yang memang tak akan merasainya selalu. Tapi. Kalau kadang2 itu sudah terlalu kerapnya. Memanglah sesuatu yang celaka. Fitrah manusia selalau inginkan seuatu yang lebih baik. Tapi kalau keadaan tetap sama dan berulang2. Kadang2 dah tak relevan. Alasan bodoh untuk orang yang tak berotak je. Perkara bodoh yang kadang2 kita buat, dah menjadi rutin sehingga meranapkan hati orang yang peduli. Hati orang yang risau. Mungkin perkara ini berlaku kadang2 je. Tak semua orang yang akan merasainya. Kenapa, ada spesis manusia yang terlalu selfish? Kalau selfish dia tu terus bawak ke mati tak apa la kot. Ini mematikan hati orang lain. Rasa menyampah. Rasa dipermainkan kerana naluri kerisauan yang membuak2. Rasa pointless sangat. Risau yang dipermainkan. Nasihat percuma yang disia2kan. Lalu menjadi BEBAN kepada orang lain. Beban untuk peduli. Kenapa. Kenapa kadang2 ada orang yang macam ni? KENAPA. 

Memori basi

Terlalu melampaui tarikh luput. 
Sesuatu yang tak perlu dikenang itu.
Haruslah dibuang jauh-jauh.
Dicampak.
Dibakar. 
Diabaikan. 
Kalau sudah memori itu hitam. 
Kenapa mahu diingat-ingat. 
Masa berlari. 
Kejar lah. 
Cipta sesuatu yang baru. 
Memori indah. 
Boleh kan?