Jahanam betul hidup ini
bila kau macam lahanat tak mampu berdiri
mengikut kata hati
Tertunduk bongok dek cakap-cakap orang
harapan orang
cita-cita orang
kemahuan orang
BUKAN APA YANG KAU MAHU
macam si bodoh mintak izin untuk bernafas
padang yang luas kau hanya mampu pandang
walhal ko boleh berlari melompat dengan bebas
kenapa harus kau butakan mata
padamkan kemahuan hati?
Apa yang cuba kau buktikan?
kau mahu rasa seperti sang wira?
megah di bangga-banggakan?
rasa seperti diangkat dijulang ke langit?
BERHENTILAH
SEMUANYA MIMPI!
kau bodoh
ye, bodoh
sebab masa berjalan
walaupun kau mula berangan
dan masih berjalan
walau kau sudah mati.
KAU INGAT ADA YANG KESAH?
kau dan diri kau je sekarang
si jahat kau sedang acukan pisau tajam dijantung kau
menikam-nikam
melihat kau sambil tertawa
BODOH
LEMAH
mati je lah. ye, aku dah mati.
masa tetap berjalan.
Mangsa seterusnya?
No comments:
Post a Comment