Saturday, 28 January 2012

Pelangi lihat aku

Aku mahu pegang pelangi. 
Seketika pelangi hadir. 
Aku akan rindu bila pelangi tiada. 
Pelangi lihat aku. 
Pelangi hadiahkan aku harapan. 
Kemudian pelangi pergi. 


Aku tau. 
Pelangi akan muncul. 
Hanya bila air mata menyeru. 


Kau yang sebelah

Membisik.
Menggoda.
Mendusta.
Membenci. 
Membunuh.
Aku.


Aku malas !

Terus terang aku jeritkan dalam hati. 
Aku malas ! 
Baringan ini terlalu empuk untuk aku tinggalkan. 
Terlalu nostalgik untuk aku biar. 
Di situlah angan. 
Sejuta mimpi. 
Mungkin kau hina.
Namun. 
Ketika itulah aku menyaksikan sesuatu. 
Bahkan lebih dari apa yang realiti campak kan. 
Aku lebih tenang. 
Aku lebih yakin. 
Heretlah aku jika kau mampu. 
Tetapi. 
Aku tetap malas. 
Kau fikir aku rajin melihat kau bermegah? 
Mendengar kau riak? 
Atau melambung kau ke langit? 
Aku lah manusia paling pekak bisu dan buta. 
Masih kekurangan itu jua yang akan mengheret aku ke api. 
Tiada kudrat aku memuja. 
Biarkan aku. 
Mimpi ini terlalu enak untuk aku gantikan. 
Dengan durjana dunia.


Friday, 20 January 2012

Langkah berehat

Hey, aku sudah pulang.
Bersama aku harapan, bebanan dan tanggungjawab. 
Mereka sentiasa denganku. 
Tak mungkin untuk aku lepaskan. 
Hey, aku akan pergi lagi. 
Kali ini dengan tujuan yang lebih besar. 
Mengejar cita-cita dan material. 
Juga keberkatan hakiki. 


Biar aku berehat sebentar sehingga nanti aku berehat selamanya.



Thursday, 19 January 2012

Garis penamat

Melepasi atau aku mengundur ?

Kau tau?

Yang aku mengeja namamu menggunakan hati?
Yang aku mempunyai nadi mengingatimu? 
Yang aku menangis menggunakan senyuman? 
Yang aku mati menunggu khabar? 
Yang aku berjalan mengira jarak kita terpisah? 
Yang aku bernafas tetapi lemas? 
Yang aku sengaja ketawa tetapi terluka? 
Yang aku mengekori waktu dulu? 
Yang aku lihatmu dekat tapi jauh?

Kau tau? 

Yang aku tau kau takkan pernah tau? 


Wednesday, 18 January 2012

Pit-stop

"Aku di landasan R, kini harus turun ke A balik. Harus belajar kenal kedudukan huruf semula. Kena masuk tadika balik. Ketawakan lah aku. Huraikan aku akibat dan perlekehkanlah segala susah dan getir yang bakal aku lalui." -Zulaikha

Tuesday, 17 January 2012

Jual Hati

Nah. Segalanya untuk kau. 
Aku tak perlukan lagi. 
Aku tak mampu nak simpan pun. 
Tapi aku tahu bila rasa kehilangan itu.
Bila aku tak memiliki hati kau.
Sebagai tukaran.
Sebagai simpanan. 
Hanya aku yg beri.
Aku jual hati aku secara percuma. 
Kau terima. Tapi tak memberi. 
Aneh. Hati aku pada kau. 
Tapi. 
Pedih ini aku yang rasa.



Janji kau bahagia

Hidup ini boleh jadi indah boleh jadi serabut.  
Jika kau abstrak-kan-nya.
Terpulang. 


Runut minda ini . Siapa saja yang tahu ?

Mereka insan, hanya tahu untuk membunuh.
Secara halus secara kasar. 
Kehendak aku ditikam. 
Kemahuan aku dicerca. 
Aku mainkan sesuatu di dalam minda ini. Runutnya penuh rahasia.
Yang Maha Tahu Maha Memahami. 
Sekadar Dia yang berhak mengetahui. 
Mereka?
Tetap serupa. Pembunuh. 


Monday, 16 January 2012

Obsesi

Aku perlukan obsesi baru.
Masa ini terlalu disia-siakan.
Biar aku buangkan secara berhemah.

Kata hati

Mungkin jarak pisahkan aku dan kau.
Tapi bukan kita.


Sunday, 15 January 2012

Kacau jiwa

Aku merayu kau berambus. 
Pergi jauh. Sejauh mungkin. 
Biar kau hapus. 
Hancur. Lebur. 
Debuan pun aku haramkan. 

Jangan pernah sentak hati ini. Hingga tesentap. 
Lidah aku kelu. Nada aku bisu. 
Roh aku hilang. Jasad aku lemah. 
Minda aku hati. Hati aku minda. 

Sial. 




Saturday, 14 January 2012

Aku mahukan yang dulu itu

Aku melihat dia ketawa, aku mahu. 
Aku melihat dia berduka, aku mahu.
Aku melihat dia menangis, aku mahu. 


Aku mahu apa yang dia ada. Dia rasa. 
Dia katakan. Dia idamkan. 
Aku mahu. 


Kena sekolah

Mimpi pun mampu sekolah kan aku.
Hai, nasib.
Mimpi pun kejam. 
Tau patahkan hati fragile ini. 


Argghh.

Bidadari Mati

Bidadari punya hati, milik kekal seorang kau.
Kau mampu patahkan hati nya. Berdarah dan pedih.
Remuk dan pilu.

Air mata bidadari sebuah anugerah.
Tenang dan mendamaikan.
Tak ternilai oleh budi kasihan. Kau buta.

Senyum bidadari ibarat syurga.
Kau mampu abaikan dia? Sepi sunyi seperti malam.
Biar bintang menemaninya?

Hati kosong kau milik bidadari.
Kasih dibalas dusta.
Nyawa gantinya benci.

Biarkan bidadari ini mati. Kau biarkan.




Selangkah

Setiap permulaan, ada selangkah semangat. 
Langkah seterusnya engkau yang tentukan. 
Mungkin ada mungkin mati. 
Nafas yang dihela tak tentu bernyawa. 
Jasad dan roh kekadang perlukan ruang. 
engkau yang tentukan.